Sunday, 18 September 2011

sedikit pendapat

Assalamualaikum w.b.t.

Malaysia sedang mengalami krisis kekurangan sumber bahan api seperti gas asli, minyak dan arang batu. Kekurangan ini disebabkan permintaan yang semakin meningkat oleh penduduk di negara ini. Krisis ini mendorong pihak berwajib untuk menerokai sumber alternatif lain yang boleh dijadikan sumber utama di Malaysia seiring dengan usaha menjadi negara maju. Kerajaan Malaysia menjalankan kajian terhadap tenaga nuklear untuk dijadikan sumber utama. Loji nuklear reaktor mungkin akan dibina dalam masa 10 tahun akan datang. 

Namun, kejadian di loji Fukushima di Jepun yang lalu telah menyebabkan ramai pihak yang menyeru kerajaan supaya menjalankan kajian semula sama ada tenaga ini sesuai dijadikan sumber utama negara. Memang tidak dinafikan tenaga ini mendatangkan banyak kebaikan kepada negara kita. Namun, kajian yang lebih terperinci perlu sentiasa dijalankan kerana sedikit kesilapan di loji ini mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Di sini saya ada menyelitkan satu video tentang pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyuarakan pendapat beliau tentang pembinaan reaktor nuklear di Malaysia. Selamat menonton...



Ini pula keratan akhbar tentang pendapat dari Tun Dr Mahathir...



Diharapkan entri kali ini membuatkan kita sama-sama berfikir tentang kebaikan dan keburukan tenaga nuklear ini. Kajian keselamatan yang sangat mendalam harus dititkberatkan. Renung-renungkan...

Sekian...

No comments:

Post a Comment