Sunday 25 September 2011

Assalamualaikum w.b.t.

How your day??? Hopefully fine...

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai kata-kata dari Prof. Emeritus Dato' Dr. Noramly Muslim. Mungkin kata-kata dari seorang pakar ini boleh membuka mata masyarakat umum mengenai tahap keselamatan sesebuah loji nuklear reaktor. 


Menurut Prof Noramly, negara ini sudah pun mempunyai sekumpulan saintis dan jurutera nuklear yang sudah mencakau umur untuk menerajui pembinaan NPP itu. Bagaimanapun beliau musykil Malaysia akan menghadapi kemungkinan kehilangan pakar-pakar nuklearnya melalui persaraan wajib dan tarikan perpindahan ke negara lain. Selain itu, beliau juga ada menyebut bahawa NPP hari ini direka dengan cukup selamat berikutan kemajuan besar dicapai dalam rekaan loji dan penerapan pelbagai ciri keselamatan. Mengenai persoalan tentang bahan buangan dari tenaga ini pula, beliau menerangkan bahawa loji jenis baru sedang direka bagi membolehkan bahan terpakai boleh dikitar semula untuk generasi loji akan datang lantas ia akan dianggap sebagai aset dan bukan lagi sebagai bahan buangan.


Setakat ini sahaja perkongsian saya buat kali ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment