Tuesday, 20 September 2011

PENDIDIKAN, INSTRUKSI, PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN DAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya masih dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Pagi tadi telah selesai kelas KPD3016. Apa yang saya dapat dalam kelas hari ini adalah mengenai pembelajaran inkuiri. Pembelajaran ini adalah bermula dengan persoalan. Teknik yang digunakan ialah teknik KWHL. Teknik ini dapat monitor pembelajaran secara eksplisit. Tahu tak apa itu teknik KWHL??? Kalau tak tahu jom saya terangkan. Ia menjadi senang jika dirumuskan dalam bentuk jadual.


What you Know
What you Want to know
How to find out
What you Learned









Apa yang perlu dilakukan ialah pelajar hendaklah mengisi lajur-lajur dalam jadual di atas.

Ni jadual yang saya buat

What you Know
What you Want to know
How to find out
What you Learned
Penaksiran : proses mengumpul maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan
Pembelajaran : proses mendapat ilmu
Pengajaran : proses member ilmu
Instruksi : arahan @ penunjuk arah
Teknologi : alat batu mengajar
Pendidikan : satu ilmu, proses mendapat pengetahuan
Cara untuk menjalankan dalam kelas.

Hubungan antara kesemua elemen ini.
Belajar dari pensyarah

Internet
Kaitan antara keenam-enam elemen tersebut.

Maksud yang lebih tepat.

Konsep penting dalam pendidikan.

Terlibat dalam perbincangan.

Menerima pendapat orang lain.


Lajur keempat diisi setelah selesai pembentangan dari setiap kumpulan. Pembentangan pagi tadi mengenai tajuk Pendidikan, Instruksi, Pengajaran, Teknologi, Penaksiran dan Pembelajaran. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mencari maksud mengenai istilah-istilah tersebut. Kemudian kami dikehendaki membuat carta alir untuk melihat kaitan antara kesemua istilah tersebut.


Di sini, saya sertakan maksud bagi istilah dengan lebih tepat :-

Pendidikan: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal.
Instruksi: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain
Pengajaran: Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran
Teknologi: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya


Penaksiran: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.
Pembelajaran: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan
Pembangunan: Penambahan kepada pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai dari tahap yang khusus kepada yang lebih am. Pembangunan memerlukan masa dan pengalaman pembelajaran yang banyak serta kematangan.

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini. InsyaAllah akan sentiasa berkongsi ilmu dari semasa ke semasa.




No comments:

Post a Comment