Saturday 3 December 2011

mentafsir graf

Assalamualaikum w.b.t

Selain definisi operasi dan menaakul menggunakan nisbah dan pembahagian, mentafsir graf juga merupakan salah satu konsep dan kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik. Melalui graf, kita dapat mengetahui apa yang ingin disampaikan. Contoh cara mentafsir graf "displacement against time" kepada "velocity against time".


Sekian...

Wednesday 30 November 2011

menaakul menggunakan nisbah dan pembahagian

Assalamualaikum w.b.t

Selain kemahiran definisi operasi, kemahiran menaakul menggunakan nisbah dan pembahagian juga merupakan konsep dan kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik. 

Contoh :

Apabila 8N / 4 meter persegi sama dengan 2N per meter persegi. Jadi apakah maksud 2 tersebut. 2 merupakan berapa banyak daya bertindak ke atas 1 meter persegi luas. Jadi, apabila kita menggunakan kemahiran menaakul, kita akan memahami dengan lebih jelas dan terperinci maksud di sebalik nilai dan unit yang ditulis dan bukan hanya menghafal sesuatu unit tersebut. 

5kg barang = RM3.00. Apakah maksudnya? Ia bermaksud berapa banyak jisim barang bagi setiap RM1. Jika RM3 = 5kg barang, apa pula maksudnya? Maksudnya ialah berapa ringgit yang perlu dibayar bagi setiap 1 kilogram. 

8kg/meter cubic, ini mewakili ketumpatan sesuatu bahan dan ia membawa maksud jumlah jisim yang bertindak ke atas 1 cubic meter isipadu. 

180cm/2.3saat - jarak yang dilalui oleh troli dalam masa 1 saat

2.3saat/180cm - jumlah masa yang diperlukan untuk menggerakkan troli bagi setiap 1 cm.

Sekian...


definisi secara operasi

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kelas hari ini, saya telah belajar mengenai definisi secara operasi. Definisi secara operasi merupakan salah satu kemahiran dalam kemahiran proses sains dan ia merupakan konsep dan kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik. Seingat saya sewaktu zaman persekolahan dahulu, saya hanya mengahafal sesuatu formula tanpa mengetahui isi yang tersirat di sebalik formula tersebut. Jadi, kefahaman terhadap sesuatu konsep itu menjadi terhad. 

Tahukah kamu apa itu definisi secara operasi ??? Definisi secara operasi ialah definisi yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menentukan nilai sesuatu konsep. Contohnya, definisi secara operasi apabila kita ingin menyiasat kaitan antara kedalaman dengan tekanan dalam cecair, kita boleh mengukur jarak mengufuk pancutan air. 

Selain itu, saya juga belajar mengenai definisi operasi luas dan isipadu. Kita seringkali mentakrifkan definisi luas sebagai panjang x lebar, walhal definisi itu hanya valid untuk regular shape. Bagaimana pula, jika ingin mengukur luas sesuatu objek yang irregular. Contohnya, jika ingin mengukur luas sehelai daun. Bagaimana? Ia boleh diukur dengan melatakkan daun di atas kertas yang mengandungi petak kecil dan luas dikira dengan mengira dan menganggar kotak-kotak yang diisi oleh daun tersebut. Jadi, definisi operasi luas ialah bilangan kotak berukuran 1 sentimeter persegi yang ditutupi oleh sesuatu objek. Bagaimana pula jika definisi operasi isipadu? Definisi operasi isipadu ialah bilangan blok berukuran 1cubic centimeter yang dapat dimuatkan ke dalam sesuatu objek. Manakala, definisi operasi meter pula ialah jarak yang dilalui oleh cahaya yang bergerak dalam vakum yang mengambil masa (1/3x10^8)saat.  


Sekian...

Tuesday 22 November 2011

pembelajaran koperatif

Assalamualaikum w.b.t

Koperatif??? Koperatif merujuk kepada kerjasama. Jadi, apa pula pembelajaran koperatif??? Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum. Prinsip dalam pembelajaran koperatif adalah :
1. saling bergantungan secara positif
2. tanggungjawab individu
3. kemahiran sosial
4. interaksi bersemuka
5. pemprosesan kumpulan

 Terdapat pelbagai teknik dalam pembelajaran koperatif iaitu :
1. JIGSAW
2. TAI (Team Accelerated Instructor)
3. GI (Group Investigation)
4. TGT (Teams Games Tournament)
5. STAD (Student Teams Achievement Divisions)
6. Numbered Head Together

Semasa dalam kelas kami mengalami pembelajaran koperatif menggunakan teknik JIGSAW. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu 5 orang setiap kumpulan yang dipanggil kumpulan ASAL. Di dalam kumpulan itu, setiap orang diberi satu nombor dari nombor 1-5. Kemudian ahli dalam kumpulan tersebut dipecahkan kepada kumpulan lain yang dipanggil kumpulan PAKAR mengikut nombor masing-masing. Contohnya, kumpulan 1 terdiri daripada pelajar yang memegang nombor 1 dalam kumpulan asal mereka. Jadi sekarang terdapat 5 buah kumpulan PAKAR. Setiap kumpulan PAKAR diberi satu teknik dalam pembelajaran koperatif. Ahli kumpulan ini dikehendaki menjadi pakar bagi setiap teknik yang diberi mengikut kumpulan.

Kumpulan saya telah mendapat teknik TGT. Kemudian, setelah menjadi pakar dalam teknik tersebut, pelajar dikehendaki balik semula kepada kumpulan asal. Kemudian, setiap ahli dikehendaki menerangkan teknik yang mereka telah pakar tadi kepada ahli kumpulan yang lain. 

Selepas itu, Dr. Nurul menaksir kefahaman kami menggunakan teknik Numbered Heads Together. Pelajar yang nombornya dipanggil dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan. Kemudian, markah diberikan mengikut jawapan yang diberikan. Kumpulan yang mendapat markah terbanyak diberi markah bonus. 


Sekian....

Monday 21 November 2011

miskonsepsi dalam fizik

Assalamualaikum w.b.t

Miskonsepsi???? Miskonsepsi merupakan satu salah faham tentang sesuatu konsep dalam fizik. Miskonsepsi adalah lebih dari satu kesilapan kecil. Kesilapan kecil mungkin boleh diperbaiki dengan mudah, tetapi untuk membetulkan miskonsepsi yang telah dibuat mungkin menjadi sesuatu yang agak sukar. Ini kerana, kita ingin menukar kefahaman seseorang terhadap sesuatu perkara. 

Contoh miskonsepsi dalam Fizik ialah ;
1. Heat objects contain more heat than colder objects. The truth is heat is an energy in transit. It can't be contained in any objects. 

2. Light object floats while heavy object sinks. The truth is object floats because its density is lower than the water and sinks because its density is higher than the water.

Seorang bakal guru fizik perlu jelas tentang setiap miskonsepsi dalam fizik ini supaya apabila mengajar kelak, guru tidak mempunyai masalah untuk membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh pelajar. 

Sekian...

Saturday 19 November 2011

kemahiran menerang

Assalamualaikum w.b.t

Kemahiran menerang merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mikropengajaran. Ada pelbagai jenis penerangan iaitu menerang secara penaakulan, interpretatif dan diskriptif. Terdapat 5 komponen menerang. Komponen pertama ialah ayat pembukaan. Ini bagi mewujudkan kesediaan dan menarik perhatian pelajar. Komponen kedua ialah isi kandungan atau intipati yang merupakan perkara penting yang ingin disampaikan kepada pelajar. Komponen ketiga dalam kemahiran menerang ialah kata penghubung atau penanda wacana. Ini bagi menunjukkan perkaitan antara isi kandungan pelajaran. Komponen keempat ialah ayat penutup atau ringkasan. Komponen terakhir ialah soalan yang menaksir kefahaman pelajar. Ia berbentuk soalan pendek bagi menilai kefahaman pelajar. Guru juga boileh bertanya soalan berbentuk retorik iaitu "faham tak?"

Prinsip utama dalam kemahiran menerang ialah gunakan kejelasan iaitu menggunakan ayat yang spesifik dan mengelakkan kekaburan dan tidak relevan. Prinsip lain ialah, gunakan penegasan seperti menggunakan intonasi yang berbeza, penunjuk, pergerakan atau gerak isyarat. Selain itu, guru juga perlu sentiasa mendapatkan maklum balas daripada pelajar dengan mewujudkan peluang pelajar menunjukkan kefahaman. . Dalam kemahiran menerang juga, guru perlu menunjukkan urutan atau kesinambungan antara isi pengajaran agar pelajar memahami apa yang diajar dengan mudah. 

Sekian....

Friday 18 November 2011

product of my PBL




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga menyiapkan produk PBL ini. Prezi merupakan satu benda baru bagi saya. Tak pernah saya menggunakan Prezi mahupun mendengar nama Prezi ini. Jika sebelum ini, untuk sesuatu presentation, kita menggunakan Power Point. So why not after this we change the atmosphere. Prezi, not so usual to others but you can make it usual. It's not possible. Moreover the presentation will be so interactive with Prezi. My product is not so good, since I have not enough time. But, I  already tried my best and I enjoy doing this. This will be new experience for me. Experience is the best teacher. Hopefully I can use this Prezi to do presentation after this. insyaAllah....  Let's enjoy my Prezi....


Selepas dikomen oleh Dr.Nurul, saya telah menukar prezi saya...and now let's enjoy my little prezi then...