Tuesday, 27 September 2011

science process skills

Assalamualaikum w.b.t

This morning, I had a KPD3016 class. Today, I learned about science process skill. Do you know what is science process skill??? There are twelve skills in science process skill.

1. Pemerhatian (observation)

  • Kemahiran menggunakan lima deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena

2. Mengelas (classifying)

  • Menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan.
3. Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)
  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
4. Membuat inferens (inferring)
  • Penerangan kepada pemerhatian.
  • Membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.
  • Biasanya dibuat berdasar pengalaman yang lalu.
5. Meramal (predicting)
  • Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
  • Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang sangat dipercayai.
6. Berkomunikasi (communicating)
  • Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
  • Mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan, graf, jadual atau gambar rajah.
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
  • Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8. Mentafsir data (interpreting data)
  • Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
9. Mendefinisi secara operasi (defining operationally)
  • Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
  • Menggunakan cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor.
10. Mengawal pembolehubah (controlling variables)
  • Manipulated variable 
  • Fixed variable
  • Responding variable
11. Membuat hipotesis (hypothesising)
  • Proses menyatakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens untuk menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
12. Membuat eksperimen (experimenting)
  • Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.
Selepas itu, saya belajar mengenai Myths in Science. Kami dikehendaki menjawab 12 soalan. Malangnya, saya hanya betul 4 soalan. Sangat sikit huhu...

That's all for now...sekian....

No comments:

Post a Comment