Tuesday, 11 October 2011

unit pengajaran

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai unit pengajaran dari sudut kefahaman saya. Unit pengajaran adalah salah satu aset penting bagi seorang guru. Unit pengajaran dapat membantu guru merancang sesuatu pengajaran dengan lebih sistematik. Secara terperinci, unit pengajaran ialah pelan instruksi atau pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian dalam sukatan pelajaran dan disusun dengan teliti. Ada tujuh komponen dalam unit pengajaran. 

Komponen 1 : Tajuk dan tujuan unit.
Komponen 2 : Pengetahuan sedia ada pelajar.
Komponen 3 : Analisis isi kandungan pelajar.
Komponen 4 : Bahan bantu mengajar dan pelajar.
Komponen 5 : Kaedah dan aktiviti P&P.
Komponen 6 : Pelan penaksiran.
Komponen 7 : Rancangan pengajaran harian.

Begitulah secara ringkasnya unit pengajaran yang perlu kami sediakan untuk dihantar pada minggu ke-13 nanti. Ia memerlukan daya usaha yang sangat tinggi bagi menyiapkannya. Kumpulan saya perlu menyediakan unit pengajaran bagi tajuk Bernoulli's Principle dan Archimedes Principle. Saya berharap agar kumpulan saya dapat menghasilkan unit pengajaran yang terbaik dengan bimbingan dari Dr Nurul. InsyaAllah. 

Sekian...

No comments:

Post a Comment