Sebelum saya bercerita mengenai kemahiran menyoal, saya ingin menunjukkan contoh peta konsep yang boelh digunakan mencungkil idea pelajar.
sumber : google |
Contoh peta konsep di atas adalah sedikit kompleks. Peta konsep pada peringkat mencungkil idea mungkin lebih ringkas dan mengandungi sekurang-kurangnya 5 konsep. Konsep tersebut adalah berkait antara satu sama lain dan dikaitkan dengan anak panah.
Sekarang, berbalik kepada tajuk iaitu kemahiran menyoal yang merupakan kemahiran kedua. Tujuan menyoal adalah untuk menimbulkan inkuiri, melibatkan pelajar secara aktif dan mengenal pasti serta menangani miskonsepsi pelajar. Guru juga dapat mentaksir kefahaman pelajar. Kemahiran ini terlebih dahulu dilakukan sebelum menerang supaya kemahiran berfikir dalam diri pelajar dapat diwujudkan. Guru perlu menggunakan peneguhan positif semasa menerima jawapan pelajar. Guru perlu mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza.Semasa pelajar memberi jawapan, guru perlu memastikan pelajar lain memberi perhatian. Jadi, elakkan pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Guru juga perlu memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time). Diharapkan melalui kemahiran menyoal ini, semangat untuk pelajar belajar semakin bertambah.
Sekian....
No comments:
Post a Comment