Assalamualaikum w.b.t
Seperti yang anda sedia maklum, blog ini memang dikhaskan bagi kursus KPD3016. Apa yang dibincangkan dalam blog ni adalah apa yang dijalankan di dalam kelas KPD 3016 dan juga tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi kursus ini.
Alhamdulillah, kami telah selesai dengan tugasan pertama kami yang membawa markah 30% iaitu Project Based Learning. Kami dikehendaki mengkaji sama ada tenaga nuklear wajar dijadikan tenaga dominan di Malaysia. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya mendapat banyak kemahiran yang penting. Antaranya ialah kemahiran dalam berkomunikasi dengan orang yang berpangkat, contohnya dalam temu bual dengan pensyarah. Saya dan kawan telah menemu bual Dr Prakhash iaitu seorang pensyarah di UPSI. Selain itu, saya juga ada menghantar emel kepada pensyarah dari universiti lain dan juga Majlis Perwakilan Pelajar dari universiti lain. Pelbagai pendapat yang saya terima. Walaupun ada yang tidak membalas emel yang dihantar, namun saya tetap bersyukur kerana ada juga yang sudi membalasnya. Selain itu, saya juga ada belajar mengenai decision making dalam kelas dan dapat dipraktikkan semasa menjalankan kajian ini.
Sepanjang mengkaji tentang tenaga nuklear ini, saya juga mendapat banyak maklumat tentang tenaga yang sering dipandang negatif oleh sesetengah anggota masyarakat ini. Bagi saya, tenaga ini mempunyai seribu kebaikan di sebalik satu keburukan. insyaAllah. Selain itu, semasa perdebatan berlangsung, saya dapat belajar bagaimana cara setiap pihak mempertahankan idea masing-masing. Tahniah kepada para pendebat.
Semasa seminar, setiap kumpulan membentangkan hasil kajian masing-masing. Kumpulan saya turut menyelitkan video dalam pembentangan tersebut. Video ini adalah hasil idea ahli kumpulan missworldphysics.
A video worth thousands words. So, lets enjoy the video...
Sekian dulu dari saya...
No comments:
Post a Comment