Monday, 31 October 2011

Problem Based Learning

Assalamualaikum w.b.t

What is problem based learning (PBL)??? 

Problem based learning is one kind of learning that starts with a problem (problem statement / problem scenario). The problem is relevant with the real life. In PBL, it includes three components which are problem, facilitator and problem solvers. The teacher acts as a facilitator rather than a source of "solution". It differs with traditional apprach where the teacher acts as lecturer and the students just get everything from the teacher. In PBL, the 21st Century skills can be developed in every student. 

The question is ill-structured by the teacher. Before doing the PBL, the students must come out with this thinking template.
1. What we know?
2. What we don't know?
3. What we want to know?
We also use FILA chart as a thinking template. 

The steps to do PBL as in the figure below :


Today, I had experienced the PBL in my class. First, Dr. Nurul gave a problem on crossed circuit. It may related to topic on Energy and Power. First, we come out with the idea about the problem statement. We need to search the internet to know the amount of one unit of electricity used. It is actually to convert the energy unit to cent unit. We also need to know the power rating of each electrical appliances. After that, we need to calculate the energy used by using the formula E=Pt. After calculating it, we come into conclusion on who are using more  energy and who need to pay more for electric bill. When selected group presenting their calculation, there are a slight argument on the cost calculated. This is due to differences of power rating for the appliances. Maybe each group are not searching for the same type of appliances. So, to overcome this problem, student should find it in a trusted web page. We also can know the power rating of the appliances by searching it directly at the label of the appliances. 

I think PBL approach is a good approach to be used in the classroom during this time. It can develop the 21st   Century Skills among the students. The students will search for the solutions themselves rather than get it 100% from the teacher. It can be more enjoyable since they need to explore to find the solution. 

Till then, thank you...

Wednesday, 19 October 2011

Kemahiran menyoal

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum saya bercerita mengenai kemahiran menyoal, saya ingin menunjukkan contoh peta konsep yang boelh digunakan mencungkil idea pelajar.

sumber : google


Contoh peta konsep di atas adalah sedikit kompleks. Peta konsep pada peringkat mencungkil idea mungkin lebih ringkas dan mengandungi sekurang-kurangnya 5 konsep. Konsep tersebut adalah berkait antara satu sama lain dan dikaitkan dengan anak panah. 

Sekarang, berbalik kepada tajuk iaitu kemahiran menyoal yang merupakan kemahiran kedua. Tujuan menyoal adalah untuk menimbulkan inkuiri, melibatkan pelajar secara aktif dan mengenal pasti serta menangani miskonsepsi pelajar. Guru juga dapat mentaksir kefahaman pelajar. Kemahiran ini terlebih dahulu dilakukan sebelum menerang supaya kemahiran berfikir dalam diri pelajar dapat diwujudkan. Guru perlu menggunakan peneguhan positif semasa menerima jawapan pelajar. Guru perlu mengolah jawapan pelajar menggunakan ayat yang berbeza.Semasa pelajar memberi jawapan, guru perlu memastikan pelajar lain memberi perhatian. Jadi, elakkan pelajar memberi jawapan secara beramai-ramai. Guru juga perlu memberi masa berfikir yang sesuai (wait-time). Diharapkan melalui kemahiran menyoal ini, semangat untuk pelajar belajar semakin bertambah. 

Sekian....


Monday, 17 October 2011

Kemahiran memulakan pengajaran

Assalamualaikum w.b.t

Kemahiran memulakan pengajaran adalah kemahiran yang paling awal dalam kemahiran mikropengajaran. Kemahiran ini penting untuk menjadikan pelajar bersedia untuk menerima pengajaran daripada guru. Tujuan fasa permulaan pengajaran ialah menarik perhatian pelajar, membantu pelajar bersedia dari sudut kognitif dan afektif serta memperkenalkan objektif pembelajaran. Pada fasa ini, guru belum lagi mengajar tetapi hanya menunjukkan hasil pembelajaran. Pada fasa ini juga, guru mencungkil idea pelajar tentang tajuk yang akan diajar. Segala idea yang diberikan oleh pelajar haruslah disambut baik oleh guru agar tidak menjatuhkan semangat pelajar. Cara mencungkil idea ini mungkin menggunakan perkaitan dengan kehidupan seharian pelajar agar ia lebih mudah difahami. 





Sekian...

Kemahiran mikropengajaran

Assalamualaikum w.b.t

Kemahiran mikropengajaran adalah satu kemahiran penting bagi bakal guru. Ia melatih para guru beberapa kemahiran mengajar. Mengajar di dalam kelas bukanlah satu tugas yang mudah jika tanpa persediaan yang mencukupi. Jadi kemahiran mikropengajaran ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih tersusun. Terdapat 9 kemahiran mikropengajaran.


Sekian...

Wednesday, 12 October 2011

pembelajaran inkuiri

Assalamualaikum w.b.t

Inkuiri???? Apa yang anda faham tentang inkuiri???? Inkuiri ialah satu sifat ingin tahu tentang sesuatu perkara. Inkuiri terbahagi kepada dua iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Kali ini, saya ingin menerangkan mengenai inkuiri saintifik. Apa itu sains??? Sains bersifat empirik (berdasarkan pemerhatian), kreatif dan imiginatif, dipengaruhi teori (theory laden) dan boleh berubah-ubah. Ada 4 proses dalam inkuiri saintifik iaitu :
1. asking a question / identifying a problem.
2. planning and completing an investigation.
3. answering the question / solving the problem.
4. communicating the results to others.

Pada awalnya kami diberi central question iaitu "why do heavy steel ships float while a piece of much lighter steel sinks?". Ini merupakan satu cara mencungkil idea dan merupakan langkah pertama dalam pembelajaran inkuiri.

Kemudian, kami telah melaksanakan satu eksperimen yang menggunakan pembelajaran inkuiri iaitu eksperimen mengenai daya keapungna (buoyant force). Dalam eksperimen ini, kami tidak diberi prosedur. Kami dikehendaki merangka sendiri dengan mengaplikasikan kemahiran proses sains yang telah dipelajari kuliah sebelumnya. Ini merupakan langkah kedua.

Selepas itu, kami menjawab semula central question yang dikemukakan di awal pembelajaran tadi.

  • The buoyant force that acts on heavy ship is greater that acts on a piece of steel.
Langkah keempat ialah kami berkongsi keputusan eksperimen dengan kumpulan lain. 

Selepas itu, selesailah tajuk pembelajaran inkuiri dalam kelas pada hari ini. 


Sekian...






Tuesday, 11 October 2011

unit pengajaran

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang dijanjikan, saya akan menerangkan serba sedikit mengenai unit pengajaran dari sudut kefahaman saya. Unit pengajaran adalah salah satu aset penting bagi seorang guru. Unit pengajaran dapat membantu guru merancang sesuatu pengajaran dengan lebih sistematik. Secara terperinci, unit pengajaran ialah pelan instruksi atau pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian dalam sukatan pelajaran dan disusun dengan teliti. Ada tujuh komponen dalam unit pengajaran. 

Komponen 1 : Tajuk dan tujuan unit.
Komponen 2 : Pengetahuan sedia ada pelajar.
Komponen 3 : Analisis isi kandungan pelajar.
Komponen 4 : Bahan bantu mengajar dan pelajar.
Komponen 5 : Kaedah dan aktiviti P&P.
Komponen 6 : Pelan penaksiran.
Komponen 7 : Rancangan pengajaran harian.

Begitulah secara ringkasnya unit pengajaran yang perlu kami sediakan untuk dihantar pada minggu ke-13 nanti. Ia memerlukan daya usaha yang sangat tinggi bagi menyiapkannya. Kumpulan saya perlu menyediakan unit pengajaran bagi tajuk Bernoulli's Principle dan Archimedes Principle. Saya berharap agar kumpulan saya dapat menghasilkan unit pengajaran yang terbaik dengan bimbingan dari Dr Nurul. InsyaAllah. 

Sekian...

Monday, 10 October 2011

2nd assignment - teaching unit

Assalamualaikum w.b.t

After finishing with our first assignment on PjBL, now we already got a new assignment. Oh, no long rest okay. Now, we need to focus on our second assignment on preparing a teaching unit. Teaching unit is very important for those who want to be a teacher. This teaching unit is a hard task since it carries 50% of our final mark. The members of the group assignment also lesser than when doing the PjBL. There are only four members in my group. Hope that we can cooperate for this assignment. insyaAllah...next entry insyaAllah, i'll tell a little bit about what is teaching unit....

Sekian....

Thursday, 6 October 2011

refleksi dari PjBL

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang anda sedia maklum, blog ini memang dikhaskan bagi kursus KPD3016. Apa yang dibincangkan dalam blog ni adalah apa yang dijalankan di dalam kelas KPD 3016 dan juga tugasan yang diberikan oleh pensyarah bagi kursus ini. 

Alhamdulillah, kami telah selesai dengan tugasan pertama kami yang membawa markah 30% iaitu Project Based Learning. Kami dikehendaki mengkaji sama ada tenaga nuklear wajar dijadikan tenaga dominan di Malaysia. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya mendapat banyak kemahiran yang penting. Antaranya ialah kemahiran dalam berkomunikasi dengan orang yang berpangkat, contohnya dalam temu bual dengan pensyarah. Saya dan kawan telah menemu bual Dr Prakhash iaitu seorang pensyarah di UPSI.  Selain itu, saya juga ada menghantar emel kepada pensyarah dari universiti lain dan juga Majlis Perwakilan Pelajar dari universiti lain. Pelbagai pendapat yang saya terima. Walaupun ada yang tidak membalas emel yang dihantar, namun saya tetap bersyukur kerana ada juga yang sudi membalasnya. Selain itu, saya juga ada belajar mengenai decision making dalam kelas dan dapat dipraktikkan semasa menjalankan kajian ini.



Sepanjang mengkaji tentang tenaga nuklear ini, saya juga mendapat banyak maklumat tentang tenaga yang sering dipandang negatif oleh sesetengah anggota masyarakat ini. Bagi saya, tenaga ini mempunyai seribu kebaikan di sebalik satu keburukan. insyaAllah. Selain itu, semasa perdebatan berlangsung, saya dapat belajar bagaimana cara setiap pihak mempertahankan idea masing-masing. Tahniah kepada para pendebat. 

Semasa seminar, setiap kumpulan membentangkan hasil kajian masing-masing. Kumpulan saya turut menyelitkan video dalam pembentangan tersebut. Video ini adalah hasil idea ahli kumpulan missworldphysics. 



A video worth thousands words. So, lets enjoy the video...



Sekian dulu dari saya...






Wednesday, 5 October 2011

debat dan seminar

Assalamualaikum w.b.t

Hello everyone... Hope you all in a good health condition... Seems like I'm not update my blog for few days. So sorry. Past few days, I got a hectic schedule. I need to prepare for the debate in class and also for the seminar that was held yesterday. The debate session was held on Monday during the class. We debate on whether nuclear energy can become a dominant energy in Malaysia in the future. Government side and the opposition side. Every side have their own reasons and tried hard to fight for their right. 

Government side :
- nuclear energy does not contribute to global warming.
- nuclear energy is safe and sustainable.
- cost to built nuclear power plant is just the same to build dam for hydroelectric.
- Malaysia already have experts in this field and it will increase from years to years.
- Malaysia ready to build nuclear power plant in this country. We have suitable location.
- the safety issue - the system will be upgraded (4th generation power plant)
- nuclear waste can be recycled with new upgraded power plant.
- High demand of energy in Peninsular Malaysia.


Opposition side :
- Cost to build nuclear power plant is high. It takes long time too.
- Safety if accident happen.
- Radiation.

Pada hari Selasa pula, kami menganjurkan satu seminar yang bertajuk Seminar Malaysia dan Nuklear : Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia. Penceramah jemputan adalah dari Agensi Nuklear Malaysia iaitu En Fairuz. Beliau menyampaikan ceramah mengenai nuklear di Malaysia. Ceramah tersebut sangat menarik. Selepas itu, diikuti pula dengan presentation dari pelajar kumpulan AT12. Jam 12 tengah hari, majlis pun tamat. Alhamdulillah, majlis tamat dengan jayanya. 

Sekian....

Saturday, 1 October 2011

terima kasih

Assalamualaikum w.b.t

Sepanjang membuat kajian tentang tenaga nuklear selama tiga minggu, banyak perkara yang telah saya dapat. Ilmu dan pengetahuan yang sangat berguna. Terima kasih kepada pihak yang sudi bekerjasama dengan pihak kami terutamanya Encik Hairie dari Agensi Nuklear Malaysia. Melalui emel yang dikirim oleh beliau, banyak ilmu yang telah saya peroleh. Terima kasih juga kepada warga UPSI juga Tanjung Malim kerana sudi menjawab soalan survey kami. Sekian....