Tuesday 22 November 2011

pembelajaran koperatif

Assalamualaikum w.b.t

Koperatif??? Koperatif merujuk kepada kerjasama. Jadi, apa pula pembelajaran koperatif??? Pembelajaran koperatif adalah satu kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum. Prinsip dalam pembelajaran koperatif adalah :
1. saling bergantungan secara positif
2. tanggungjawab individu
3. kemahiran sosial
4. interaksi bersemuka
5. pemprosesan kumpulan

 Terdapat pelbagai teknik dalam pembelajaran koperatif iaitu :
1. JIGSAW
2. TAI (Team Accelerated Instructor)
3. GI (Group Investigation)
4. TGT (Teams Games Tournament)
5. STAD (Student Teams Achievement Divisions)
6. Numbered Head Together

Semasa dalam kelas kami mengalami pembelajaran koperatif menggunakan teknik JIGSAW. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil iaitu 5 orang setiap kumpulan yang dipanggil kumpulan ASAL. Di dalam kumpulan itu, setiap orang diberi satu nombor dari nombor 1-5. Kemudian ahli dalam kumpulan tersebut dipecahkan kepada kumpulan lain yang dipanggil kumpulan PAKAR mengikut nombor masing-masing. Contohnya, kumpulan 1 terdiri daripada pelajar yang memegang nombor 1 dalam kumpulan asal mereka. Jadi sekarang terdapat 5 buah kumpulan PAKAR. Setiap kumpulan PAKAR diberi satu teknik dalam pembelajaran koperatif. Ahli kumpulan ini dikehendaki menjadi pakar bagi setiap teknik yang diberi mengikut kumpulan.

Kumpulan saya telah mendapat teknik TGT. Kemudian, setelah menjadi pakar dalam teknik tersebut, pelajar dikehendaki balik semula kepada kumpulan asal. Kemudian, setiap ahli dikehendaki menerangkan teknik yang mereka telah pakar tadi kepada ahli kumpulan yang lain. 

Selepas itu, Dr. Nurul menaksir kefahaman kami menggunakan teknik Numbered Heads Together. Pelajar yang nombornya dipanggil dikehendaki menjawab soalan yang dikemukakan. Kemudian, markah diberikan mengikut jawapan yang diberikan. Kumpulan yang mendapat markah terbanyak diberi markah bonus. 


Sekian....

No comments:

Post a Comment