Tuesday, 27 September 2011

science process skills

Assalamualaikum w.b.t

This morning, I had a KPD3016 class. Today, I learned about science process skill. Do you know what is science process skill??? There are twelve skills in science process skill.

1. Pemerhatian (observation)

  • Kemahiran menggunakan lima deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena

2. Mengelas (classifying)

  • Menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan.
3. Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)
  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
4. Membuat inferens (inferring)
  • Penerangan kepada pemerhatian.
  • Membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.
  • Biasanya dibuat berdasar pengalaman yang lalu.
5. Meramal (predicting)
  • Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
  • Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang sangat dipercayai.
6. Berkomunikasi (communicating)
  • Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
  • Mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan, graf, jadual atau gambar rajah.
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
  • Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8. Mentafsir data (interpreting data)
  • Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
9. Mendefinisi secara operasi (defining operationally)
  • Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
  • Menggunakan cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor.
10. Mengawal pembolehubah (controlling variables)
  • Manipulated variable 
  • Fixed variable
  • Responding variable
11. Membuat hipotesis (hypothesising)
  • Proses menyatakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens untuk menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.
12. Membuat eksperimen (experimenting)
  • Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.
Selepas itu, saya belajar mengenai Myths in Science. Kami dikehendaki menjawab 12 soalan. Malangnya, saya hanya betul 4 soalan. Sangat sikit huhu...

That's all for now...sekian....

sambungan

Assalamualaikum w.b.t

As I had promised, I will continue sharing the lesson in KPD3016 class this morning. I learned about learning outcomes (hasil pembelajaran). Hasil pembelajaran adalah berbeza dengan objektif pembelajaran. Objektif pembelajaran adalah lebih bersifat am berbanding hasil pembelajaran yang lebih khusus. Hasil pembelajaran adalah satu pernyataan yang mendapatkan apa yang ingin dicapai dari segi pengetahuan, pengetahuan dan sikap serta nilai. Saya telah belajar bagaimana untuk menulis hasil pembelajaran (learning outcomes). Ia terbentuk dari 5 komponen.

Komponen hasil pembelajaran :-
1. frasa merujuk kepada kumpulan sasaran.
2. kata kerja aktif.
3. objek bagi kata kerja.
4. konteks / keadaan
5. standard / kriteria.

Dr. Nurul telah menerangkan beberapa contoh hasil pembelajaran yang mempunyai kelima-lima komponen tersebut. Selepas itu, saya belajar mengenai Kemahiran Proses Sains (KPS). It continue by tomorrow... let's wait for it...

That's all for now...advice from experts "have enough sleep, so you can focus in class"...tata ;)


Monday, 26 September 2011

Assalamualaikum w.b.t

How's your day??? Always fine... Alhamdulillah... Today is Monday. So it means that I'll update my blog to tell about what I've learned in the KPD class this morning. I think I learned a lot today. Wow, I already learned how to write learning outcomes, it seems like I'm going to be a teacher sooner or later. Yup, in this coming two years, InsyaAllah.

Di awal pembelajaran, saya belajar mengenai perbezaan antara matlamat (goal) dan objektif (objective). Objektif adalah sesuatu yang lebih jelas dan dapat dicapai dalam jangka masa pendek. Ia lebih berstruktur dan konkrit dan ia ke arah mencapai sesuatu matlamat. Manakala matlamat pula ialah hasrat jangka panjang yang hendak dicapai dan kurang berstruktur. 

"Goals without objectives can never be accomplished while objectives without goals will never get you to where you want to be”

That's all for now...i'm going to meeting to discuss about seminar next week...I'll continue sharing about what I've learned next entry...see you then :)




Sunday, 25 September 2011

let's read this....


IAEA Nuclear Safety Action Plan Approved by General Conference

IAEA General Conference

IAEA General Conference
IAEA General Conference. (Photo: D. Calma/IAEA)
On 22 September 2011, the IAEA General Conference unanimously endorsed the Action Plan on Nuclear Safety that Ministers in their Declaration at the IAEA's June Ministerial Conference on Nuclear Safety requested.
IAEA Director General Yukiya Amano stated:
"The IAEA's 151 Member States have today endorsed the Agency's Action Plan on Nuclear Safety.
This Action Plan - the product of intensive consultations with Member States - is both a rallying point and a blueprint for strengthening nuclear safety worldwide.
It contains concrete and achievable actions to make nuclear safety post-Fukushima more robust and effective than before.
At its core is greater transparency. If there is more transparency, there is more incentive to implement all the actions in the Plan, and to be seen to do so.
We count on Member States to implement the Action Plan fully and vigorously. It will need their sustained commitment and full involvement.
I am confident that the UN High-Level Meeting on Nuclear Safety and Security, which is taking place in New York today, will continue to build on the foundations laid here in Vienna.
We must not lose our sense of urgency. Public expectations are very high.
This is an Action Plan. It is time for action."
See Story Resources for more information.
-- By Peter Kaiser, IAEA Division of Public Information

(Note to Media: We encourage you to republish these stories and kindly request attribution to the IAEA).
Assalamualaikum w.b.t.

How your day??? Hopefully fine...

Hari ni saya ingin berkongsi mengenai kata-kata dari Prof. Emeritus Dato' Dr. Noramly Muslim. Mungkin kata-kata dari seorang pakar ini boleh membuka mata masyarakat umum mengenai tahap keselamatan sesebuah loji nuklear reaktor. 


Menurut Prof Noramly, negara ini sudah pun mempunyai sekumpulan saintis dan jurutera nuklear yang sudah mencakau umur untuk menerajui pembinaan NPP itu. Bagaimanapun beliau musykil Malaysia akan menghadapi kemungkinan kehilangan pakar-pakar nuklearnya melalui persaraan wajib dan tarikan perpindahan ke negara lain. Selain itu, beliau juga ada menyebut bahawa NPP hari ini direka dengan cukup selamat berikutan kemajuan besar dicapai dalam rekaan loji dan penerapan pelbagai ciri keselamatan. Mengenai persoalan tentang bahan buangan dari tenaga ini pula, beliau menerangkan bahawa loji jenis baru sedang direka bagi membolehkan bahan terpakai boleh dikitar semula untuk generasi loji akan datang lantas ia akan dianggap sebagai aset dan bukan lagi sebagai bahan buangan.


Setakat ini sahaja perkongsian saya buat kali ini. Sekian.

Friday, 23 September 2011

Assalamualaikum w.b.t

Hello everyone!!! How are you today, hopefully with a high spirit to become a great physics teacher after having the KPD3016 class this morning. Okay, now let me share on what I've studied in the class.

To do an important decision is not a simple task. Today I would like to share about skillful decision making. This skill may be used ti decide a last decision in our project based learning. When we are making the decision, let's answer this question first,

1. What makes a decision necessary?
2. What are my options?
3. What are the likely consequences of each option?
4. How important are the consequences?
5. Which option is the best in     of the consequences?

Then, we have options and factors to consider in skillful decision making. We can simply write it in the form of table,


Option
Factors to consider




Selepas itu, kami berbincang mengenai teori behavior dan konstruktivis. Teori konstruktivis sangat popular digunakan dalam pengajaran subjek sains. Kami dikehendaki mencari satu modul bekonsepkan teori konstruktivis. Apa yang kami dapat ialah Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham,

1. Orientasi - Menimbulkan suasana.
2. Pencetusan idea - Murid dan guru sedar tentang idea terdahulu.
3. Penstrukturan semula idea -
    i . penjelasan dan pertukaran - mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.
    ii. pendedahan kepada situasi konflik
    iii. pembinaan idea baru
    iv. penilaian

4. Aplikasi idea - Pengukuhan kepada idea yang telah dibina
5. Refleksi - Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal     mereka berubah.

Di sini saya lampirkan prinsip pembelajaran konstruktivisme :-

  • Pembelajaran ialah proses berterusan yang aktif.
  • Pembelajaran melibatkan aktiviti mental dan sosial.
  • Pembelajaran melibatkan bahasa.
  • Pembelajaran memerlukan pengetahuan untuk belajar.
  • Pembelajaran memerlukan masa yang mencukupi.
  • Metakognisi 

Sekian dulu perkongsian untuk kali ini. 








Tuesday, 20 September 2011

PENDIDIKAN, INSTRUKSI, PENGAJARAN, TEKNOLOGI, PENAKSIRAN DAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya masih dapat menjalankan kehidupan seperti biasa. Pagi tadi telah selesai kelas KPD3016. Apa yang saya dapat dalam kelas hari ini adalah mengenai pembelajaran inkuiri. Pembelajaran ini adalah bermula dengan persoalan. Teknik yang digunakan ialah teknik KWHL. Teknik ini dapat monitor pembelajaran secara eksplisit. Tahu tak apa itu teknik KWHL??? Kalau tak tahu jom saya terangkan. Ia menjadi senang jika dirumuskan dalam bentuk jadual.


What you Know
What you Want to know
How to find out
What you Learned









Apa yang perlu dilakukan ialah pelajar hendaklah mengisi lajur-lajur dalam jadual di atas.

Ni jadual yang saya buat

What you Know
What you Want to know
How to find out
What you Learned
Penaksiran : proses mengumpul maklumat tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan
Pembelajaran : proses mendapat ilmu
Pengajaran : proses member ilmu
Instruksi : arahan @ penunjuk arah
Teknologi : alat batu mengajar
Pendidikan : satu ilmu, proses mendapat pengetahuan
Cara untuk menjalankan dalam kelas.

Hubungan antara kesemua elemen ini.
Belajar dari pensyarah

Internet
Kaitan antara keenam-enam elemen tersebut.

Maksud yang lebih tepat.

Konsep penting dalam pendidikan.

Terlibat dalam perbincangan.

Menerima pendapat orang lain.


Lajur keempat diisi setelah selesai pembentangan dari setiap kumpulan. Pembentangan pagi tadi mengenai tajuk Pendidikan, Instruksi, Pengajaran, Teknologi, Penaksiran dan Pembelajaran. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mencari maksud mengenai istilah-istilah tersebut. Kemudian kami dikehendaki membuat carta alir untuk melihat kaitan antara kesemua istilah tersebut.


Di sini, saya sertakan maksud bagi istilah dengan lebih tepat :-

Pendidikan: Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal.
Instruksi: Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain
Pengajaran: Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran
Teknologi: Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya


Penaksiran: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.
Pembelajaran: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan
Pembangunan: Penambahan kepada pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai dari tahap yang khusus kepada yang lebih am. Pembangunan memerlukan masa dan pengalaman pembelajaran yang banyak serta kematangan.

Sekian dulu perkongsian untuk hari ini. InsyaAllah akan sentiasa berkongsi ilmu dari semasa ke semasa.